banner-CM.jpg

Setiap orang mempunyai pelbagai pengalaman dan kisah menarik mengenai Malaysia, sebuah negara yang kaya dengan pelbagai tradisi dan budaya. Melalui #CeritaMalaysia, setiap orang berpeluang berkongsi sebuah cerita yang unik dan menarik untuk dijadikan sebuah karya khusus untuk memberikan inspirasi kepada pembaca. #CeritaMalaysia adalah cerita anda, cerita kita.

Jika anda mempunyai #CeritaMalaysia untuk dikongsi, hantarkan kepada kami!

 

Kongsi Kisah Anda

 

  • Sambut Semua Perayaan

    Julai 27th
    2015
    “Kita di sini sambut semua perayaan. Hari Raya, Hari Merdeka, Hari Raya Cina. Cuma Krismas kita tak sambut - bukan sebab apa - sebab hari Krismas hari cuti sekolah tutup. Semua murid-murid tak ada. Tapi kadang-kadang tu murid-murid waktu cuti sekolah tak nak cuti, nak datang sekolah! Cuma cikgu-cikgulah perlu cuti. Kita berkhidmat kepada negara ada banyak cara, ini cara kami untuk bantu anak-anak Rohingya supaya bila mereka ingat Malaysia, mereka ingat Malaysia yang terbaik.”
Share in: